Thursday, December 17, 2009

Selamat Menunaikan Umrah

Admin mengucapkan Selamat Menunaikan UMRAH kepada 4 orang ahli Baitul Arash.
Mak Itam
Mak Uteh
Ucu
Pak Ucu



Semoga Selamat Menjadi Tetamu Allah.
selamat Pergi dan Selamat Kembali
antara gambar di KLIA.








Sekian

P/S : Selingan di KLIA, Sila KLIK link di bawah ini

>>>>>LINK<<<<

Friday, December 11, 2009

Ucapan Selamat

.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada
NURAZLIA SULAIMAN
yang bakal melangsungkan perkahwinannya esok.
12 DEC 2009





.
Kepada NOOR SYAZWANI MOHD MONI
Selamat Bertunang

(Sila klik gambar untuk post selanjutnya)

Sekian

Wednesday, December 2, 2009

New Update ! Family Event

5 Disember 2009 Sabtu

Majlis Pertunangan Noor Syazwani Mohd Moni
Tempat : 72-76, Lorong Bukit Setongkol 3, Taman Cenderawasih, Kuantan.

Masa : Rombongan lelaki dijangka tiba pada jam 12 tengahari
Tema : Pink, Putih



12 Disember 2009 Sabtu

Majlis Resepsi Perkahwinan Nurazlia Sulaiman
Tempat : Dewan Muzium Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor


Sebarang info berkenaan majlis sila hubungi tuan rumah.

Sekian




Saturday, October 10, 2009

ONE WEEK TO GO

MAHLIGAI PERMATA, WHICH HOST THE HARI TERBUKA BAITUL A'RASH FOR YEAR 2009 TODAY BEGAN TO COUNTDOWN FOR A WEEK TO GO TO WELCOMING KERABAT TERHORMAT AND KERABAT BERGELAR TO MERBAU SEMPAK ON 17TH OCTOBER 2009



GAMBAR BLUR DISEBABKAN COMPRESSION HARAP MAAF



KASIH DITAUT BERSATU DICANANG

Monday, September 28, 2009

HARI TERBUKA BAITUL A'RASH

Terlebih dahulu ADMIN ingin ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

http://mrdefinite.com/wp-content/uploads/2007/10/selamat-hari-raya-4.jpg_


______________

Sehubungan dengan itu satu majlis khas HARI TERBUKA BAITUL A'RASH akan diadakan bertujuan untuk mengumpulkan ahli-ahli BA seterusnya merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli. Pihak Majlis Tertinggi BA memutuskan bagi mewajibkan kehadiran semua ahli BA ke majlis tersebut. Segala informasi terperinci adalah seperti berikut:

TARIKH : 17 OKTOBER 2009

TEMPAT : LOT 1866, LORONG 8, KG. MERBAU SEMPAK, SUNGAI BULOH, SELANGOR
(RUMAH WAN)
MASA : 11.00 PAGI SEHINGGA MAKANAN HABIS (MASA YG TEPAT AKAN
DIBERITAHU KEMUDIAN)

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan YOUNGSTER'S LEADER
( Ketua Pemuda Pemudi) atau mana-mana Majlis Tertinggi BA.

Friday, August 21, 2009

NEW UPDATE

SORRY LATELY SAYA BUSY SANGAT
SELEPAS CUTI H1N1 DI UMP KEMBALI BALIK MEMANG BUSY KENA URUSKAN HAL2 DINNER FAKULTI KALAU NAK TAHU BETAPA BUSY NYA KLIK SINI

SILA KLIK !

SEKARANG TENGAH BUSY TEST DAN KUIZ DAN LAB.
KEPADA SESIAPA YANG NAK UPDATE SOMETHING DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN, ID PUN DAH BAGI KAN, KALAU HILANG SILA MESEJ DAN MINTA

_________________________________

SEGALA VIDEO MOTIVASI SEDANG DALAM PROSES, INSYALLAH DI PERHIMPUNAN AKAN DATANG COPY LAH K, SILA BAWAK THUMB DRIVE BERSAIZ BESAR >2GB

_______________________________

SELEPAS INI BLOG INI AKAN DIHIASI DENGAN PROMOSI DAN CARTA ORGANISASI, CUMA TENGAH DIEDIT LAGI UNTUK TAMPAK LEBIH MENARIK

________________________________

SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK NI ADA SEDIKIT QUOTE BERBENTUK ISLAMIK DARI ADMIN BUAT TATAPAN SEMUA

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:�Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.� (Hadis Riwayat Muslim)

"Kasih Ditaut, Bersatu Dicanang"

Friday, July 24, 2009

MEMO RASMI



____________________________________________________________________

Adalah dimaklumkan bahawa BAITUL ARASH akan menganjurkan kem motivasi dan program himpunan anak-anak muda 2+1.
Maklumat program adalah seperti berikut:



Tempat : Pusat Rekreasi Sedayu, Alang Sedayu, Gombak
Tarikh : 25 & 26 Julai 2009 (Motivasi), 26 Julai 2009 (Himpunan anak-anak muda 2+1)
Masa : 8.00 pagi


Untuk makluman tuan/puan program tersebut adalah bertujuan untuk memupuk semangat manghargai tali persaudaraan dan sifat kerjasama serta menanamkan sifat cinta pada kecemerlangan kepada ahli BA yang masih bersekolah.

Diharapkan ahli BA dapat memberikan kerjasama dan perhatian yang khusus terhadap perkara tersebut agar kelancaran program-program dapat dijalankan dengan baik.

Sekian, terima kasih.



"Kasih Ditaut, Bersatu Dicanang"

Sunday, July 5, 2009

BINTANG 14 HARI

Tajuk post yang sama dengan lirik lagu ni bertujuan untuk memperhebatkan lagi trafik ke blog kita, dan juga untuk memberitahu yang pihak admin blog tidak mengONLINEkan diri selama 14 hari. Saya ke LUMUT, PERAK menjalani Engineering Surveying Camp selama 14 hari. Pengalaman yang kedua terbaik selepas Family Day kita hari tu. Post pasal survey camp ni akan saya postkan dalam blog persendirian saya

SILA KLIK !

Penjualan VCD MOMENTO ARASH pun tidak kurang hebatnya.
Terima kasih kepada semua, kerana menambahkan lagi bilangan duit tabung YAYASAN BAITUL A'RASH (ada yayasan ke)

Nasib baiklah VCD tu sempat siap dalam jangkamasa yang ditetapkan sebabnya kalau tidak x sempatlah saya menyiapkan VCD tu kerana dekat LUMUT memang busy dan x ada WIFI
Terima Kasih kepada DIANA dan MUZAKIR yang tolong saya bertunbgkus lumus Copy VCD tu kat Hotel tempoh hari.
Kepada ahli lain yang berkaitan dalam menyiapkan VCD itu terima kasih saya kepada anda tidak terhingga, nama2 anda juga telah diletakkan dalam credits bahagian akhir VCD tu.
Maaf kerana tidak sempat nak post credits kepada semua kerana saya tidak berONLINE rindu gila dengan internet.

...............................................................

Banyak juga yang saya terlepas selama 14 hari ni.
Antaranya mesyuarat2 dan yang terbaru penganjuran kem motivasi
(betul ke- x pasti lagi nama penuh camp tu)
Yang pasti harap2 segalanya berjalan dengan lancar dan sesungguhnya kami yang terlibat tidak sabar menunggu aktiviti ini.
Satu lagi tentang undian tempat untuk tahun depan, MELAKA pastinya lebih havoc dan bersama2 kita mengHAVOCkannya
.............................................................
Esok saya dah start kelas tapi blog tetap perlu selalu diupdatekan.
Oklah. Sekian sahaja kali ini
...............................

'Kasih Ditaut, Bersatu Dicanang'

.....................................................

Wednesday, June 17, 2009

SELEPAS INI DIMANA? DAN YANG PALING PENTING BILA?

Post Rasmi Baitul A'rash first ni saya buat style Rancangan 3 Hari Bersama B.A. Ok mungkin tak full 3 Hari tapi yang penting 2 malam.
Saya nak ceritakan pada pembaca semua tentang betapa bestnya Family Reunion kami pada hari tu, kalau tak takkan Surat Khabar datang buat liputan. Tak percaya, tgklah kat bawah ni. (Sama sekali tidak edit okay)



SILA KLIK GAMBAR UNTUK IMAGE YANG LEBIH JELAS


Sebenarnya 4 generasi, mereka lupa nak includekan Tok Wern (betul ke saya eja ni tapi sebutannya begini) dari generasi Moyang hingga ke cicit. Ok. Cukup dengan mukadimah, maka bermulalah coretan saya tentang 3hari di Amansari Resort (bagi sesiapa yang tak pernah dengar resort ini-ia terletak di Pantai Sepat, Kuantan)


5hb. JUNE 2009 - Hari Jumaat, merupakan hari ketibaan semua sedara mara, sepupu-sepapat dari serata pelusuk negara (sebenarnya Melaka dan KL je). Ada gak yang dah dtg awal, Khamis, semua yang datang awal terpaksalah berhimpitan kat Rumah Uteh.
Kalau ikut FENG SHUI China sesuatu perkara kalau banyak berlaku halangan maka hasilnya bakal grand, maybe betul. First halangan kereta Storm yang MAMAK drive stuck dekat Highway Lanchang, so UTEH bertemankan A.A pergila jemput MAMAK kat sana dalam pukul 4.pm.

Sementara tu kat AmanSari ada beberapa keluarga dah arrived. Endek, Mak Itam, Andak, Mak Mok n beberapa keluarga lagi.


Kak Nana yang kelihatan khusyuk asingkan reben tu, namun tetap bergaya dengan fesyen tudung YUNA.



Sementara tunggu Malam, sempat gak golongan Mak2 sedara ni mandi-manda di swimming pool, sangat sporting membuat pose2 sexy apabila disuruh.



Dalam Kolam separuh dari mereka main Volleyball. Anda tidak akan nampak air kalau semua ahli B.A masuk dalam kolam


Abg Amir pose ala2 Model MANGGA.

Sebelah malam tahlil berlangsung setelah solat Maghrib berjemaah. Then kami semua dinner sama2.


Sebahagian gambar di surau AmanSari

Lepas tu, Sesi ICE-BREAKING, dikendalikan oleh Abg Asri dan Abg Amir. Sangat hidup majlis malam tu. Oleh kerana family ini sangat ramai, maka hanya 1 game sempat buat setelah 1jam setengah masa diambil untuk perkenalkan nama penuh.


Game ala2 DEBATE ni memang meriah. DEBATOR pilihan malam tu - Kak Mastura(nurse merangkap istri Abg Aman) dan Andak(aktivis Politik yang memang dah biasa dengan aktiviti sebegini)



Cara Tadika PASTI yang diperkenalkan UCU untuk semua bertenang, sangat mujarab terutama bila semua ikut seperti kembali ke masa silam Zaman Tadika. Sila lihat Mak Mok dan Endek yang semangat menurut serta.



BOMBA yang sempat bersama malam tu je. Sangat rugi!


Malam 5 hb berakhir dengan gambar ini....


Sila notis yang tepung kat kepala tu dibaling setelah empunya badan tertipu sempena Besday nya yang ke -___ . Best actor malam tu A.A n Epah berlakon drama aksi bertumbuk ala2 scene dalam Gerak Khas, pengarahnya MAMAK HASLAM.

......................................


6hb, JUNE 2009 - Hari Sabtu, hari yang full dengan aktiviti meriah. Pagi2 lagi ada POCO2. Walaupun perancangan nak start pukul 7 namun pukul 8 baru start kerana bilik air-cond yang dingin gagal membuatkan semua bangun awal termasuk Subuh di Surau.



Sebelum sukaneka.......



Ketua Pemuda-pemudi tersenyum walaupun dikenakan malam tadi.... WAKENABEB !


Mak Itam yang bersorak penuh semangat untuk Groupnya..




Bergambar kenangan sebelum semua berminyak dan disaluti tepung...



Nak tahu mereka tengok apa... scroll ke bawah>>
....
....
....
....
...
....
....
...

....


....

....


........


.......


Semua tergamam apabila lihat aksi ketua pemuda-pemudi termasuk isteri dan anak bongsunya.




Sumpah saya tak nangis, tapi tepung masuk matalah. Pengakuan Aisyah yang tak dapat terima kekalahan dalam acara cari syiling dalam tepung.




Inilah wajah2 juara, cari syiling dalam tepung...



Sebelum baling kelapa dalam acara Boling Kelapa UTEH sempat posing tunjuk ketidakhadiran gigi


Pengerusi yang diserbu anak sedara untuk bergambar bersama.


Pose senget melawan graviti. (sila notis yang pose ni bukan mengikut berat badan)



Pose terapung Peri Biru... Masih konfius siapakah yang muka tertutup tu.


Sukaneka yang dijangka habis petang tamat awal.. Pemenang congkak disandang oleh UCU.Tahniah buat UCU dan semua yang memenangi beberapa acara.

.....................

Sebelah malam pula semua melaram dengan baju tema Tradisional tidak termasuk penulis, kerana saya sangat busy sampai tak sempat mandi, so hanya memakai TSHIRT hitam, thanks to EPAH coz ambikkan baju saya sebelum saya nyanyi malam tu tsk.. hehe



Gambar pilihan... Kebaya yang nampak sangat natural.


Di atas permintaan ramai, saya publishkan gambar ni.


Pak Lang dan pasangannya



MAMAK dan CIK T yang berpakaian 'Ayat2 Cinta'


Batik jadi pilihan keluarga UTEH


Jubah biru jadi pilihan Pak Anjang


Ini bukan pasangan Mak sedara tapi pengacara. So Havoc..



Andak dan pasangan

banyak lagi gambar2 pasangan lain yang tak sempat nak dipublishkan



Wajah pilihan malam tu, bersama Madam Muah2 aka Mak Mok..


Menjaga P.A sistem seorg diri tak semudah yang disangka seb baik ada krew2 hadiah n pentas.


Lagi 'Ayat-ayat Cinta'


Chian (betul ke eja ni) Pembaca Doa..



Setelah semua pasangan masuk mereka diminta berdiri di atas pentas.



Then Pak Anjang kasi ucapan. Sangat Kool, tak percaya lihat sendiri.



Sesi joget lambak. Kalau tak silap ni masa Kak Ada nyanyi dikir puteri


Sila lihat baju ini. Etnik SABAH...



Pasangan Mak Itam dan Pak Itam.


Akhirnya gambar sendiri di publishkan.. Sesungguhnya gambar x menipu, memang saya nampak kurus..


Sambutan BESDAY ketua Pemuda-pemudi. Menyuapkan kek ke mulut semua sepupunya. (bayangkan berapa lama masa diambil)



Pengadil pertandingan Karaoke malam tu. Paling kanan adalah Tok Wern juara pertandingan Bintang RTM tahun 1956 beliau adalah Datuk kepada Cik Gambar Pilihan tadi atau lebih senang Bapa Mertua ENDEQ. Bila Tok Wern nak wat comeback??




Malam berakhir dengan meriahnya walaupun ada titisan air mata masa slot kenangan. Malam TAUTAN KASIH ni sangat bermakna dan best, semua ahli B.A tak dapat lupa malam ni.


6hb, JUNE 2009 - Hari Ahad. Semua Cek-out.. setelah insiden Drama Swasta episode sedih bertajuk 'Kurang Ajar' ala2 sinetron INDONESIA (sila imagine masa part zoom muka dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah) dengan barisan pelakon yang mantap, paling berkesan adalah Photographer kita Abg Mail... (harap perkara ini jadi pengajaran buat kita semua dan membuatkan kita lebih bersatu seperti lagu tema persatuan ni)

>> sebelum pulang, kami menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Pak Ngah. Dan berpelukan perpisahan namun kenangan Family Reunion ni memang takkan dilupakan sampai lah Family Reunion tahun depan plak. Harap2 still ada idea untuk buat lebih gempak.

Akhir sekali mari bangkitkan persoalan ni..


SELEPAS INI DIMANA? DAN YANG PALING PENTING BILA?

Sekian Wasalam

'Kasih Ditaut, Bersatu Dicanang'

Monday, June 15, 2009

PERHATIAN BAITUL A'RASH


Jualan CD Hari Keluarga akan dijalankan di Taska Cik Tie Batu 9 GOMBAK Jumaat ini.
Hasil jualan akan disalurkan ke tabung Baitul A'rash






Harga CD RM16- 2CD

- CD 1, GAMBAR2 Kenangan Baitul A'rash, Slide PowerPoint Malam Tautan Kasih, dan FILE2 Data Berkaitan dan Lag2 yang digunakan (boleh dibuka menggunakan Komputer PC atau NOTEBOOK apa jua siri
-CD2, berbentuk AV (Audio Video), Segala Slide Movie Semasa Malam Tautan Kasih- Dikau Dalam Kenangan, Perjalanan Baitul A'rash, Penghargaan 12 beradik, dan Movie Sejenak Di Aman Sari. Boleh ditonton di VCD,DVD, Player.

Kepada sesiapa yang berminat sila SMS 013-9186131 mengatakan anda berminat. Stok yang akan dibawa semasa mesyuarat hanya 15 set.


Kasih Ditaut Bersatu Dicanang
Sekian Terima Kasih