Thursday, May 20, 2010

Akhirnya... Update juga!

Akhirnya update gak blog ni, bukan setakat berhabuk dah bersawang segala,
tapi dah macam rumah usang yang tunggu masa untuk di MakeOver oleh Pak Udo...

sekarang tiba masa untuk isi belog ni dengan info family day yang grand~ wah!

Sebelum kita cakap pasal family day yang grand tahap memang rugi kalau siapa tak pegi nak buat sikit ulasan tentang tempat dan segala lah termasuk bayaran dan tema!

Ok sebelum tu, tema seperti anda2 yang datang meeting semua mesti dah tahu, siapa tak datang meeting! ha tak de tema ada persoalan je!

Tema : GLAM and ELEGANCE
ok! siapa2 yang tak faham macam mana nak pakai disini ada disertakan gambar2 contoh untuk lelaki dan perempuan


(peringatan!!! yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk nak ikut tanggung sendiri)
Walaubagaimanapun anda dibebaskan berpakaian apa sahaja!




Contoh Pakaian LELAKI~
Ulasan - yang ni memang sangat sesuai untuk PakCik2...
Boleh juga dipakai bersama kopiah dan jubah...



Buat Makcik2 saya rasa ni sesuai.. tapi tidak salah jika anda nak bergaya seperti fesyen di bawah...



Yang ni kalau untuk yang 30-an atau 20-an sesuai tapi makciks yang 50-an pun sesuai



Atau yang ini....
Tampak sopan dan sememangnya elegance
(macam dalam NONA pulak)





Remaja2 anda boleh cuba sesuatu yang lebih daring hehe!
Tapi seperti yang saya kata tadi
Yang baik jadikan ikutan.....
Pakai je macam Dato' Siti ;lebih sopan!



Demi menjaga maruah keluarga hehe
anda tidak dibenarkan (kaum wanita) memakai pakaian yang ala2 bra dan juga pakaian renang atau mungkin pakaian berkemban tepi sungai macam zaman dulu2 tu...


Ok! Lelaki muda dan remaja.. Jangan risau..
Info pakaian anda juga ada lihat sahaja contoh2 di bawah..




Bayangkan Abang Mus pakai ni...
Mesti gorgeous tahap Kak Iza tak leh tidur malam...





Bayangkan Abang Amir kita pakai macam ni...
Mesti family day tahun depan tambah seorang lagi ahli.. hehe
atau.. Pak Uteh yang pakai hehe (sory dad!)







Ok! yang ni memang sesuai kalau sepupu2 seumur dengan ketua pemuda pakai..





Yang ni lak.. Remaja2 yang baru nak meningkat naik atau yang baru jadi dewasa sesuai..
(tapi kan dalam family kita ada ke yang badan macam2 diaorang di atas ni)

Kalau ada pun macam ni...



PERINGATAN!!

MEMAKAI SUIT TIDAK BERMAKNA MEMAKAI SWIMMING SUIT ATAU SUPERHERO SUIT




......

Kanak2





.......


Pakailah lawa2 supaya anda dapat dinobatkan sebagai..
Mr. AraSH...
dan
Miss/Mdm Arash









Sekarang info tentang hotel, atau resort tersebut


Kita akan ber DINNER di dalam Bilik Bola... atau BallRoom yang Grand habis la..



Inilah Bilik Bola kita nanti..
(ni betul2 bukan gambar hiasan)




Bagi yang tak tahu jalan ni Map ke resort tersebut..
Nama lama dia, Riviera Bay...
NAMA SEKARANG!..
EVERLY RESORT



....

Lupa lak nak kasi tahu..


Malam tu nanti namanya..

MALAM GALA GEMERLAPAN BAITUL ARASH 2010



Reminder~

Finalize meeting pada 28 May 2010 malam
Tempat mungkin di Bangi atau Taska

Shooting AJK pada 28,29..
Kepada AJK penting..
Sila Hadir!



Sekian...