Friday, July 24, 2009

MEMO RASMI



____________________________________________________________________

Adalah dimaklumkan bahawa BAITUL ARASH akan menganjurkan kem motivasi dan program himpunan anak-anak muda 2+1.
Maklumat program adalah seperti berikut:



Tempat : Pusat Rekreasi Sedayu, Alang Sedayu, Gombak
Tarikh : 25 & 26 Julai 2009 (Motivasi), 26 Julai 2009 (Himpunan anak-anak muda 2+1)
Masa : 8.00 pagi


Untuk makluman tuan/puan program tersebut adalah bertujuan untuk memupuk semangat manghargai tali persaudaraan dan sifat kerjasama serta menanamkan sifat cinta pada kecemerlangan kepada ahli BA yang masih bersekolah.

Diharapkan ahli BA dapat memberikan kerjasama dan perhatian yang khusus terhadap perkara tersebut agar kelancaran program-program dapat dijalankan dengan baik.

Sekian, terima kasih.



"Kasih Ditaut, Bersatu Dicanang"

Sunday, July 5, 2009

BINTANG 14 HARI

Tajuk post yang sama dengan lirik lagu ni bertujuan untuk memperhebatkan lagi trafik ke blog kita, dan juga untuk memberitahu yang pihak admin blog tidak mengONLINEkan diri selama 14 hari. Saya ke LUMUT, PERAK menjalani Engineering Surveying Camp selama 14 hari. Pengalaman yang kedua terbaik selepas Family Day kita hari tu. Post pasal survey camp ni akan saya postkan dalam blog persendirian saya

SILA KLIK !

Penjualan VCD MOMENTO ARASH pun tidak kurang hebatnya.
Terima kasih kepada semua, kerana menambahkan lagi bilangan duit tabung YAYASAN BAITUL A'RASH (ada yayasan ke)

Nasib baiklah VCD tu sempat siap dalam jangkamasa yang ditetapkan sebabnya kalau tidak x sempatlah saya menyiapkan VCD tu kerana dekat LUMUT memang busy dan x ada WIFI
Terima Kasih kepada DIANA dan MUZAKIR yang tolong saya bertunbgkus lumus Copy VCD tu kat Hotel tempoh hari.
Kepada ahli lain yang berkaitan dalam menyiapkan VCD itu terima kasih saya kepada anda tidak terhingga, nama2 anda juga telah diletakkan dalam credits bahagian akhir VCD tu.
Maaf kerana tidak sempat nak post credits kepada semua kerana saya tidak berONLINE rindu gila dengan internet.

...............................................................

Banyak juga yang saya terlepas selama 14 hari ni.
Antaranya mesyuarat2 dan yang terbaru penganjuran kem motivasi
(betul ke- x pasti lagi nama penuh camp tu)
Yang pasti harap2 segalanya berjalan dengan lancar dan sesungguhnya kami yang terlibat tidak sabar menunggu aktiviti ini.
Satu lagi tentang undian tempat untuk tahun depan, MELAKA pastinya lebih havoc dan bersama2 kita mengHAVOCkannya
.............................................................
Esok saya dah start kelas tapi blog tetap perlu selalu diupdatekan.
Oklah. Sekian sahaja kali ini
...............................

'Kasih Ditaut, Bersatu Dicanang'

.....................................................