Friday, June 12, 2009

Sejarah Persatuan

Persatuan ini ditubuhkan secara rasminya pada
Hari Raya Haji tahun 2007 iaitu pada bulan Disember.
Tujuan utama penubuhan persatuan keluarga ini adalah demi untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli setelah perginya beberapa ahli keluarga ini ke Rahmatullah.
Mesyuarat pertama dijalankan bertujuan merangka visi selain mereka sebuah nama yang sesuai untuk persatuan ini.
Setelah perbincangan sesama ahli dilakukan beberapa nama telah dicadangkan, namun kata sepakat memilih 'Baitul A'rash' sebagai nama rasmi persatuan ini.
Nama persatuan ini sebenarnya merupakan gabungan nama kedua orang ibu dan bapa ahli-ahli persatuan golongan kedua, atau wan dan atuk bagi golongan ketiga dan unyang bagi golongan keempat, iaitu A'Rash (A- Alea dan Rash - Rashid) manakala Baitul pula diambil dari perkataan arab yang membawa maksud Rumah.

No comments: